Ni bukan puding lumut tapi puding santan sepenuhnya. Memang rasa lemak berkrim santan ditambah pula dengan rasa jus pandan asli. Memang mudah, guna sukatan cawan, sesiapa pun boleh buat. Ok jom hampa kita start! Loyang 8 inci.

Bahan-Bahan:

  • 10 g agar-agar serbuk (1 paket)
  • 2 setengah cawan (1 cawan 250ml)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula (200g)
  • 2 ketul kecil gula batu
  • 1 cawan air pandan (5-6 helai daun pandan kisar bersama 1 setengah cawan air) tapiskan selepas kisar
  • 1 kotak santan (200g) sebatikan bersama-sama 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila & secubit garam. Kalau pakai santan fresh ambil yang kepala santan tu ya.
  • 2 titik pewarna pandan

Cara Membuat:

1. Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 setengah cawan air. Tapiskan. Ambil 1 kotak santan 200g, sebatikan bersama dengan 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila serta secubit garam. Ketepikan bila dah siap.

2. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 2 setengah cawan air + 1 paket serbuk agar agar yang 10g + 1 cawan gula + 2 ketul kecil gula batu + 1 tin susu cair + 1 cawan air pandan yang kita buat mula-mula tadi.

3. Sebatikan baru hidupkan api perlahan sahaja, kacau perlahan dalam 3 minit. Selepas itu masukkan santan yang telah sebati dengan telur, essen vanila dan garam tadi. Kacau hingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, biarkan jangan kacau selama 2-3 minit. Kacau dalam 1 minit baru matikan api. Tuang dalam loyang 8 inci. Bagi puding duduk di luar atau suhu bilik selama sejam. Pastikan persekitaran bersih.

5. Bila puding dah sejuk, baru sejukkan lagi dalam peti ais selama 4 jam. Siap dan dah boleh makan sejuk-sejuk, selamat mencuba hampa!.

Sumber: Muhammad Ali