- segenggam cili kering (dipotong, dibuang bijinya dan dibasuh bersih serta direndam sekejap dengan air panas ya dalam 5 minit je pas tu toskan)
- Belacan (cikpooja guna belacan melaka, ikut suka la nak letak banyk mana)
- 1 cwn gula merah (bukan gula perang ye)
- 3 cwn gula pasir
- 1/2 cwn kicap (kicap yang dok makan dengan nasi tu)
- 5 sb sos cili
- 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cwn air)
- 2 sb garam (boleh boh sikit-sikit kalau takut masin)
- 2 sb bijan
- Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar
Cara Memasaknya:
1. Cili, belacan, dan secawan air diblander sampai halus kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan sekali gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis. Masukkan juga gula pasir, kicap dan sos cili.
2. Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap, kang melimpah banjir pulak dapo kome, selalu kacau-kacau kuah tu ye. Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya balance rasa dia.
3. Selepas tu, masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau-kacau sebati. Time ni memang kene kacau selalu guna api slow ye. Masak sampai kuahnya agak pekat.
4. Dah pekat barulah masukkan 2 sb bijan dan 2 sb kacang tanah yang diblander. Kacang blander yang lebih tu bila time nak makan, baru ditabur lagi atas rojak na. Masak lagi sampai pekat hitam memikat. Siap sudah.
Nota:
1. Tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas ye.
2. Kuah ni kalau betul-betul dimasak sempurna, InsyaAllah tak basi.
3. Simpan dalam peti sejuk ye (simpan suhu bilik pon ok, dia tak basi jika dimasak betul-betul sempurna)
4. Nak makan, keluarkan dan cedok aje okey!
Sumber: Cik Pooja