Bahan-Bahan:
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1550 ml air
- 1 1/2 cwn gula
- 200 gm susu pekat manis
- 1 tin susu cair
Bahan Lain:
- perasa jagung
- pes pandan/pewarna hijau
- perasa yum emulco
- perasa rose/bandung
Cara Membuatnya:
1. Didihkan air bersama dengan agar-agar, masukkan gula dan masak sehingga semuanya larut. Seterusnya, masukkan susu cair dan susu pekat, kacau sebati, biarkan mendidih terus tutup api.
2. Bahagikan adunan dadih kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan perasa yang disukai dan kacau sebati. Tuang ke dalam bekas-bekas dadih, kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Untuk 1 adunan dapat
40 – 45 bekas dadih saiz 4oz.
Sedikit Tip Dari Opah:
Untuk dapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan mendidih. Jangan guna api besar. Tak perlu didih sampai membuak-buak ye.
Tuang dengan perlahan supaya tidak terjadinya buble/buih di permukaan dadih.
Nota:
1. Untuk buat layer, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian opah masukkan esen vanilla dan satu bahagian lagi opah masukkan sirap rose atau jagung. Terpulang ye nak layer macam mana.
2. Untuk perisa jagung, boleh blend sedikit jagung krim.
3. Untuk perisa keladi, dadukan keladi kukus (opah tak letak pun)
4. Untuk perisa pandan, guna 4 – 5 helai daun pandan atau pes pandan
Sumber: Mas Cotek