Ramai yang cuba tanam pokok lemon, memandangkan banyak kegunaan di rumah dan harganya pun agak mahal.
Jika nak hasil yang cepat sebaiknya tanam dari pokok tut. Lebih kurang setahun, pokok lemon dah berbuah. Perkara ini dikongsi oleh Siti Hazel Tip Pokok Lemon Cepat Berbuah.
Tanam Pokok Lemon Tut, Setahun Dah Berbuah
Ini antara Tip Pokok Lemon Cepat Berbuah yang dikongsi :
– Pokok ini ditanam dalam pasu saja, nisbah media tanah 3 pasir 1.
– Ramai yang tanya baja apa saya guna. Saya tak pakai apa apa baja cuma siram air yang banyak pagi dan petang termasuk air beras seminggu dua atau tiga kali.
– Pangkas juga daun daun pokok lemon supaya pokok berbuah
– Buah yang dihasilkan isinya berair, sedap, tak masam sangat.
Tip Pokok Lemon Cepat Berbuah
Menurut beliau, kaedah tut pokok lemon ini tidak dibuat sendiri sebaliknya dibeli secara online saja. Menariknya tanpa baja, pokok tetap berbuah selepas setahun.
Selamat mencuba
Sumber: Siti Hazel