Lipas adalah antara serangga perosak yang WAJIB ada disetiap kediaman rumah, lipas juga merupakan serangga paling kuat bertahan sejak berzaman lamanya. Ia dikatakan mampu hidup selama beberapa minggu jika bahagian kepalanya di potong!

Lipas merupakan pembawa penyakit. Jika ia menghurungi makanan, ia membawa bersama kuman seperti Salmonella, Typhoid & Kolera. Ia juga menyebabkan alahan dan serangan astma.

Selain membawa penyakit, lipas guna selalu merimaskan penghuni rumah dengan kehadiran dan bau nya selain merosakkan harta benda.

Petua Perangkap Lipas Yang Banyak Dengan Mudah Dan Berkesan

Jika anda ingin menghapuskan lipas, apakah cara paling mudah, pantas, selamat dan murah untuk memerangkap seterusnya menghāpuskannya?

Maka perkongsian ini akan kongsikan satu petua mudah untuk memerangkap seterusnya menghāpuskan lipas dirumah anda, dengan murah, muda dan pantas.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

  • 3 senduk minyak masak terpakai
  • 2 sudu kecik marjerin/planta
  • 1 sudu kecil susu pekat

Tips : Kuantiti bahan-bahan boleh digandakan mengikut bekas yang hendak digunakan. kebiasaan lipas-lipas bersaiz besar. Lebih besar jumlah bahan dan bekas, lebih banyak lipas dapat diperangkap

CARA PENYEDIAAN

Sediakan satu bekas plastik kosong yang tidak digunakan

Tuangkan 3 senduk minyak masak terpakai, 2 sudu kecik marjerin/planta,1 sudu kecil susu pekat ke dalam bekas plastik tersebut.

Kacau/gaul sehingga ketiga-tiga bahan tadi sebati menjadi satu larutan.

Letakkan bekas campuran tadi di mana-mana tempat yang berpontesi untuk memerangkap lipas seperti di kabinet bahan-bahan dapur, di stor penyimpanan barang, di dalam kereta dan lain-lain.

Letakkan bekas tersebut pada waktu malam atau biarkan beberapa hari. Lihatlah hasilnya keesokkan harinya atau beberapa hari selepas itu. Anda pasti akan tersenyum

Hasil tangkapan setelah dibairakan semalaman

Menarik bukan.. Selamat Mencuba!

Sumber: Tiktok @Zuriaty Musa