Anda suka memasak? Boleh dikatakan semua orang memasak setiap hari, terutama wanita. ?? Lepas memasak, mesti badan berpeluh bukan? Dinding dapur juga berminyak akibat asap masakan. Kena cuci dapur pula. Sebenarnya ada beberapa langkah untuk bersihkan dinding dapur yang berminyak.

LARUTKAN TEPUNG JAGUNG DENGAN CUKA HINGGA SEBATI

Untuk hilangkan kesan minyak pada dinding atau lantai dapur, bahan pertama boleh anda gunakan adalah larutan tepung jagung dan cuka. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan kacau hingga sebati. Kemudian, tambahkan air sedikit dan sapu pada tempat berminyak.

GOSOK MENGGUNAKAN SPAN

Langkah seterusnya adalah gosokkan span pada tempat berminyak. Gosok span secara berputar sehingga kesan minyak hilang.

CUCI DENGAN PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Setelah kesan minyak hilang, bolehlah cuci dengan menggunakan pencuci pinggan mangkuk. Hanya perlu masukkan kain lap ke dalam besen berisi air yang telah dicampurkan dengan pencuci pinggan mangkuk. Gosokkan kain lap pada bahagian dapur.

AKHIR SEKALI, KERINGKAN!

Jika anda sudah mengikut langkah di atas, sekarang hanya perlu mengeringkannya sahaja. Gunakan kain lap yang kering dan gosok pada bahagian dapur yang dibersihkan tadi sehingga kering.

Selamat mencuba.