Jadi, apa kata anda cuba buat taufu fa macam yang boleh dibeli di bazar ini di rumah, 15 minit saja dah siap tau! Bolehlah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga.
Cara Buat Taufu Fa Sendiri
BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA
1. Air Soya dua kotak yang besar (sekotak tu bersamaan 1 liter).
2. Agar-agar tali/ jelly strips yang 26 gram (dekat paket tak tulis, tapi saya pergi timbang)
3. Air kosong 2 ke 3/4 cawan untuk larutkan agar-agar (kalau guna agar-agar 20gram, guna air 2 cawan sahaja.)
4. Daun pandan utk bagi wangi
5. Gula melaka
CARA-CARANYA
1. Masak agar-agar dengan cara larutkan agar-agar dengan air. Letak daun pandan.
2. Lepas agar tu dah larut, masukkan 2 kotak air soya tu. Panaskan sekejap.
3. Pastikan anda tapis dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.
4. Biarkan sejuk sekejap sebelum letakkan di dalam peti ais
5. Utk air gula didihkan 2 cawan air kemudian masukkan gula melaka / gula kabung sampai larut, tapiskan dah siap.
6. SIAP!
Air gula merah/air gula biasa (Nak sedap lagi, letakkan siap-siap air gula di dalam bekas tau fu fah tu, lepas itu sejukkan, dah sejuk baru mkn.)
Anak-anak dan seisi keluarga mesti suka.
Selamat mencuba!