Dikatakan juga bawang putih jika diamalkan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Dan salah satunya adalah bagus jika diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan.
Cara pengambilannya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh Rasidah Shidah.
Cara Untuk Membuat Jeruk Bawang Putih
Menurutnya, “Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.”
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Adalah:
- Bawang putih 1/2 kg dibuang kulit.
- Air secukupnya untuk merebus.
Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan airnya.
Bahan Untuk Air Gula Jeruk:
- Gula 1/2 cawan.
- Air 2 cawan.
- Cuka 1 cawan.
- Garam 3 sudu.
Cara untuk membuatnya:
1. Masak semua bahan air gula jeruk sehingga mendidih dan sejukkan.
2. Kemudian, masukkan bawang putih yang ditos tadi ke dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan.
3. Simpan dalam peti ais. Esoknya dah boleh makan.
Meninjau pada perkongsian daripada Dr Suri Roowi turut memberi info cara bagaimana terbaik untuk menikmati khasiat bawang putih.
Ambil 2 ulas bawang putih
Kupas kulitnya
Ketuk
Biarkan 10 minit
Selepas 10 minit, masukkan bawang putih yang di ketuk tadi ke dalam mug berisi air suam. Kacau sebentar dan kemudian boleh diminum perlahan atau diambil sedikit demi sedikit sepanjang hari 1 mug.
Selamat menjamu selera dan selamat mencuba
Sumber: Rasidah Shidah