Eeee gelinya dengan tikus! Bukan saja menggelikan, tapi bila dah masuk rumah, macam-macam jadinya. Apa cara halau tikus yang berkesan supaya takkan datang lagi ya?

Stok makanan di dapur habis kena gigit, sampai bekas makanan pun boleh jadi rosak. Kalau tak dapat makanan, barang-barang macam buku, beg plastik pun kena gigit.

Bukan itu saja, najis dan air kencing tikus juga sangat bahaya untuk keluarga dan boleh mengundang penyakit. So, jom cuba cara halau tikus dari rumah yang disenaraikan di bawah ni.

Petua HaIau Tikus Guna Kulit Telur

Kat rumah mesti banyak gunakan telur kan?

Tapi biasanya kita akan terus buang kulitnya.

OK mulai sekarang jangan buangg lagi sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ‘racun semulajadi’ untuk haIau haiwan dan serangga perosak di rumah.

Bukan hanya tikus je, saya dah cuba dan alhamduliIIah segala semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun dah tak ada.

Caranya:

Keringkan kulit telur.

Tumbuk halus menjadi serbuk.

Letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.

Selebihnya disimpan dalam botol untuk digunakan lagi nanti. Boleh tahan lama dan tak memudaratkan manusia.

Silakan share, saya pun dapat info ni dari Google!

7 Lagi Cara HaIau Tikus Yang Berkesan Untuk Dicuba

1. Tutup Tempat Keluar Masuk Tikus

Cara haIau tikus yang paling penting pertamanya ialah dengan menutup laluan masuk tikus ke rumah.

Badan yang boleh meliuk di celahan terkecil membuatkan tikus senang masuk melalui mana-mana lubang.

Jadi, kita kena pastikan supaya setiap celahan di rumah sama ada di pintu, tingkap, lubang dinding ditutup dengan rapat.

Kalau nak ‘test’ sama ada tikus muat masuk laluan, cuba masukkan pensel, kalau pensel muat, maknanya tikus pun boleh lalu!

Pastikan juga lubang atau laluan ditutup dengan bahan yang tahan lasak macam berus dawai atau papan besi.

Bahan macam plastik, getah atau kayu memang tak sesuai malahan akan jadi makanan tikus nanti!

2. Guna Perangkap Tikus

Cara haIau tikus secara tradisional dengan perangkap masih berkesan sampai sekarang.

Tapi harus diingat, tikus sekarang pun makin pandai untuk eIak perangkap.

Daripada guna sejenis perangkap, gunakan beberapa jenis perangkap seperti getah tikus dan sangkar besi yang diletak dengan umpan.

Letakkan perangkap di tempat yang berpotensi untuk menjadi laluan tikus seperti belakang rak televisyen, bawah peti ais atau bawah meja makan.

Boleh juga letakkan perangkap di kawasan rumah yang banyak najis dan air kencing tikus.

3. Pudina / Teh Pudina

Cara haIau tikus lain yang boleh dicuba ialah menggunakan pudina kerana baunya yang menyenangkan dan dijadikan pewangi di rumah.

Sebaliknya bagi tikus, bau ini cukup tajam dan tidak disukai oleh tikus.

Gunakan minyak pudina dengan merendamkan bola kapas atau gunakan sisa uncang teh pudina dan letakkannya pada laluan berpotensi bagi menghaIau tikus.

4. Daun Pandan

Jika susah nak mencari produk daun pudina, daun pandan juga boleh digunakan. Daun berbau wangi ni bukan saja berguna untuk menyerikan masakan, malah baunya berkesan untuk halau tikus.

Letakkan daun pandan di sekitar laluan tikus untuk mencegah tikus untuk masuk ke rumah.

5. Serai Wangi

Cara halau tikus menggunakan serai wangi juga cukup popular dan berkesan untuk menghalau serangga dan haiwan perosak lain. Bermacam-macam bentuk produk serai wangi yang boleh dipilih seperti kiub, cecair dan serbuk. Dengan menggunakan serai wangi, tikus dapat dihaIau dan rumah anda juga akan berbau segar sepanjang masa.

6. Lada Hitam

Kalau manusia pun boleh bersin disebabkan bau lada hitam yang kuat, apatah lagi tikus yang ada deria bau yang tajam.

Halau tikus di rumah anda dengan meletakkan lada hitam di kawasan yang menjadi laluan haiwan perosak ini.

Insha AIIah tikus tak berani datang lagi…

7. Bela Kucing

Kalau ahli keluarga anda tiada alahan kucing, adalah disarankan untuk mula bela kucing di rumah untuk membantu selesaikan masalah tikus.

Pastikan kucing anda ada ‘skill’ untuk menangkap tikus!

Pasir kucing pun sesuai digunakan untuk halau tikus sebab baunya yang sinonim dengan kucing boleh membuatkan tikus takut untuk mendekati rumah anda.

Bagi rumah yang ada masaIah tikus, jangan lupa untuk praktikkan tips-tips ini.

Untuk elakkan tikus duduk serumah dengan anda, amalkan kebersihan di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Google