Terkadang dah menyental pun masih berminyak dan berbau. Jadi Pelbagai tips dan petua anda boleh gunakan untuk membersihkan segala kotoron yang ada pada kain lap dapur anda.
Antara cara yang mudah dan berkesan yang boleh anda cuba ada lah seperti yang dikongsikan oleh Ellie Haji Darus yang juga seorang guru kelas masakan.
Menariknya cara yang dikongsikan tidak perlu merendam atau memberus kain kotor itu tapi hasilnya kain bersih dan wangi. Bagaimana caranya. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
CARA PALING MIDAH CUCI KAIN LAP DAPUR, CONFRIM BERSIH & WANGI
Cuci kain ‘buruk’.. Ettah napa ya panggil kain buruk, Ok laaa., kain lap sedap sikit bunyi nya kan
Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!
Amboiii besar betul production. Takpe.. dream big!
Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, Bubuh (letak) sabun dan air.. biar rendam semalaman.
Kadang jadi 2 malam.
Kadang 3 malam.
Kadang tambah bermalam-malam
Tak cuci-cuci gak.. takdan ek… Sampai berbau dan berlendir!
INI CARA ELLIE – SENANG & CEPAT
Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.
1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun bole je
2. Masukkan air dan sabun pencuci, Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda. Kacau-kacau sebatikan
3. Pastu masak (rebus) atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu. Rebus laa dalam 10 minit. Ellie siap pakai timer, takut lupa. Sesambil kita cuci-cuci sinki ke… Kemas-kemas dapur ke.
4. Cukup 10 minit tutup api dapur, angkat dan curah ke sinki. (Air panas tu masuk ke saluran ‘longkang sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)
5. Buka air paip, bilas dan amik berus.. berus kain tu manja-manja cukup dah.
6. Boleh la bilas, perah dan sidai. Bila dah kering confrim kain lap bersih dan wangi.
Senang dan cepat kan! Selamat beramal
Sumber: Ellie Haji Darus