Namun harga sepinggan kecil hidangan ini agak mahal. Sedangkan ia boleh dibuat secara homemade dirumah sahaja.
Jadi apa kata anda cuba buat sotong kangkung sendiri dirumah. Rasanya juga akan lebih sedap kerana dibuat menggunakan bahan segar dan dijamin kebersihannya.
Mari ikuti perkongsian resepi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah ini.
RESEPI SOTONG KANGKUNG
Pernah makan sotong kangkung? Saya nak beritahu bahan rahsia yang akan buat kuah sotong kangkung kalian lebih istimewa dan unik!
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor sotong kembang
- 1 cekak kangkung
- 3 sudu sos merah (resepinya ada pada gambar)
- 1 sudu petis (otak udang)
- 1 sudu sos plum
- 1 biji cili padi
- 3 sudu kacang tanah
- 1 sudu bijan
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong. Ada orang basuh dengan cuka, kapur atau jus limau. Kemudian, potong mengikut saiz yang anda sukai.
2. Kemudian celur dalam periuk. Jangan terlalu lama, nanti keras.
3. Sementara itu, siang dan cuci bersih kangkung. Buang batang jika tidak suka.
4. Kemudian celurkan kangkung. Jangan terlalu lama, nanti layu dan tak rangup.
5. Sangai bijan dan kacang tanah.
6. Untuk kuah sotong kangkung pula, campur sos merah, (lihat resipi di bawah), petis (otak udang) dan sos plum. Gaul rata. Masukkan juga hirisan cili padi jika suka.
7. Susun kangkung di dalam pinggang. Kemudian letakkan pula sotong.
8. Tuang kuah yang kita buat tadi.
9. Akhir sekali, taburkan kacang tanah dan bijan yang disangai tadi. Selamat mencuba!
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
.jpg)






