Setiap hari kalau masak menu ayam tapi tak tahu potong ayam secara asas, malu juga dibuatnya. Yela cuba tetiba balik kampung suami pak atau mak mertua beli ayam sekor. Di mintanya kita potong, mau terkial-kial dibuatnya.

Terkadang kita biasa beli ayam yang dah siap di potong. Jika di pasar raya nak kena tunggu giliran beratur dan tunggu lama.

Untuk jimatkan masa korang beli barang dekat pasar raya, jom kita belajar step by step cara potong ayam menerusi perkongsian dari peniaga ini yang dikenali sebagai Krbooyy Asnizam II.

Jadi, tak payah risau dah kalau lepas ini tak pandai potong ayam. Ikut je langkah-langkah dalam ini, mesti boleh terus ada skill dah. Mak mertua pun tak fening-fening dah. Hiks!

CARA POTONG AYAM SECARA ASAS – POTONG 14

Assalamualaikum.. ok Hari ni abam nak ajar cara amatur potong ayam ye. Ni potong 14. Potong basic untuk peniaga ayam macam saya… Tapi sebelem potong tu tolongg pastikan beberapa perkara..

  • Ayam dah disembelih secara sah dan halal
  • Pisau kena tajam. Lagi besar dan berat, lagi bagus.

Tak semua orang pandai potong ayam. Saya pun umur dah 30+ baru belajar potong ayam ni. 1st potong dekat 10 minit jugak la…so jangan kecam yang tak pandai tu ye. Mana ada orangg sempurna.. Semoga bermanfaat

STEP BY STEP :

1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan paha.

2. Bila dah potong, tarik ayam hingga menjadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki seperti dalam gambar dan potong kepada dua.

3. Ini hasilnya.

4. Potong antara bahagian paha dan atas paha (tight) di bahagian sendi.

5. Potong dua bahagian atas paha (tight).

6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isi dan kosongkan badan ayam.

7. Potong menjadi dua bahagian.

8. Ambil bahagian kepak pula dan potong. Bahagian ini ada banyak isi. Mudah untuk korang potong. Kelar dahulu ikut saiz yang diingini kemudian kelar sampai tulang dalam. Dah kelar, baru hentak sedikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini untuk bahagian kepak lagi sebelah.

TIP TAMBAHAN :

Nak elakkan hempedu pecah, tarik dari bahagian paling dalam. Pastikan jari telunjuk masuk ke dalam sekali. Ibu jari kepit dari atas dan tarik.

InsyaAllah hempedu tadi takkan pecah. Belajar potong jangan sampai terpotong jari pula ye~

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat semua dan selamat belajar!

Sumber: Krbooyy Asnizam II