Telefon pintar atau handphone merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Alat komunikasi yang menjadi gadget penting kepada segenap lapisan masyarakat. Digunakan secara meluas untuk urusan kerja, pelajaran ataupun untuk hiburan semata-mata dan lain-lain.

Disebalik kecanggihan handphone ini, pada ketika itu mulalah kita rasa telefon tersebut ‘berat’, ‘lagged’ dan paling tidak senang hati dibuatnya bila keluar pula notification ‘storage full’.

Ini yang membuatkan penggunanya mula terasa macam geram apabila telefon mula hang dan berat. Terkadang apps, gambar, video yang tidak berkaitan telah kita delete dari peranti handphone kita, namun handphone tetap terasa berat dan lambat.

Nak smooth dan lajukan telefon android anda?

CARA LAJUKAN PHONE & BUANG MEMEORY YANG TIDAK PERLU TANPA MENGGUNAKAN APPS

Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok. Ini salah satu cara yang awesome, simple and free tanpa perlu risau apa-apa kerana ia tidak menghilangkan data penting telefon anda.

LANGKAH 1

Pergi ke bahagian Setting telefon anda.

LANGKAH 2

Klik pada menu Apps dan nanti akan keluar semua apps yang ada dan yang telah kita dah install.

Sesetengah model phone tidak ada menu Apps, jadi anda boleh klik pada bahagian App Management

LANGKAH 3

Klik bahagian tepi untuk filter fail yang paling besar, apa yang perlu kita kita buat adalah pilih Sort By Size. Secara automatik, fail paling besar akan berada paling kedudukan di atas sekali.

LANGKAH 4

Bila dah tahu memory yang paling besar, kita klik dekat situ – contohnya Facebook. Kemudian klik Storage.

LANGKAH 5

Seterusnya kita klik Clear Cache.

Secara automatik, bahagian cache akan menjadi kosong/dikosongkan.

SIAP!

Apabila file di dalam telefon dah ‘dibersihkan’, barulah telefon akan menjadi lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau berat.

Ternyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hafizi Zain