Memang stress jika setiap kali buka tingkap atau pintu kita terhidu bau najis dan air kencīng kucing memang tidak menyenangkan ini.. Boleh hilang mood dibuatnya, kena basuh lagi kencīng dan tahi kucing bersepah-sepah dekat halaman rumah.
Jika adana mengalami masalah ini, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa ini. InsyaAllah masalah pencemaran bau di kawasan rumah anda dapat diselesaikan.
PETUA ELAK KUCING BERāK & KENCīNG MERATA DI KAWASAN RUMAH
Siapa tak marahkan kalau bangun je pagi tercium aroma bau tahi kucing. Tahi kucing tu pulak bukan tahi kucing kita, tahi kucing jiran kita. Siapa tak marah kan?
Tapi nak buat macam mana, kucing kan.
Nak marah pun tak boleh.
Nak bergaduh dengan jiran pun lagi lah tak boleh kan.
Tapi ini ada petua yang kak ty dah guna lama dah untuk masalah ini.
BAHAN-BAHAN
- 2 labu Bawanh Putih
- 3 atau 4 batang Serai
- 1 Cawan Air
CARA PENYEDIAAN
Caranya mudah sahaja.
LANGKAH PERTAMA
Kupas, hiris dan kisar semua bahan di atas
LANGKAH KEDUA
Tapis, ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray
CARA PENGGUNAAN
Mudah sahaja, cuma sembur sahaja dimana-mana tempat yang selalu kucing berak/kencing atau mana-mana tempat yang selalu kucing bermain.
KADAR SEMBURAN
- Musim Hujan – Sembur 2 minggu sekali
- Musim Kemarau – Sembur sebulan sekali pun ok
Itu sahaja, mudah kan? Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat.
Sumber: zuriaty_musa
.jpeg)

