APA YANG ANDA TAK TAHU MENGENAI SEMUT
– Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya
– Semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat
– Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau tak kawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.
– Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
Sekarang untuk membanteras semut.. Kat dapur dan dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan dua sebelum semut menyerang balik.
Spray Serbaguna (homemade)
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
* Bancuhan ni sebenarnya tak ada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
¼ cawan cuka + 1¼ cawan air
Kegunaan SPRAY
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang kerja
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Selamat mencuba..
Sumber: Yatie Eimra




