Step 1
Cari protective coatings macam gambar ni. Campurkan dua bahan ni then terus sapu ke tiles. Tiles akan jadi sticky dan melekit seperti gam.
Step 2
Lepas dah sapu coating tadi, sapu cat macam biasa. Ikut lah nak warna apa pun. Belah kiri cat untuk lantai warna dark grey, tong kanan cat putih untuk tiles dinding. Kami pakai lebihan cat rumah tahun lepas.
Tunggu cat kering ye.
Step 3
Lepas cat dah kering, last sekali sapu sealer ni. Tujuannya supaya cat tak mudah tercabut. Sapu 2,3 kali pun takpa. Then last skali yang bercorak tu kita tampal wallpaper. Siap!
SEBELUM : Toilet rumah lama je, yang mana ade lubang-lubang tu boleh tutup dulu dengan cement grout warna putih.
SELEPAS : Tadaaa..rupa bila dah di cat. Lantai dan dinding cat, yang bercorak tu wallpaper.
Cantik kan?
Sumber: Khairunnisa Baharin