Kebetulan masa saya balik ke rumah mak, banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah-tumpah sikit, berduyun-duyun masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah

SPRAY SERBAGUNA (HOMEMADE)

Sekarang untuk membanteras semut.. Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai pulak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ini boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.

BAHAN-BAHAN :

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

CARA PENYEDIAAN :

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

Bancuhan ni sebenarnya xde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

TIPS TAMBAHAN :

Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

Kayu manis ni belum melarut lagi. Makin lama terendam, warna larutan menjadi gelap.

KEGUNAAN LAIN :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg

Mudah-mudah bermanfaat.

Sumber: Yatie Eimra , Vanilla Kismis