Sayur celery atau saderi ini memang selalu kita gunakan dalam masakan jenis sup. Buat goreng goreng pun sedap kerana rangup.

Pokok ini juga sebenarnya boleh kita tanam sendiri di rumah. Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob

Cara Tanam Pokok Celery, Semai Guna Tunggul

Hidup dah pokok. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir. Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;

1. Bila beli, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.

2. Tanam tunggul dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.

3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.

4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.

5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Zaid Azizy Yaakob