Cara kebiasaanya para ibu ini akan mengambil masa yang lama untuk tunggu ayam defrost. Apa kata para ibu cuma cara atau petua daripada Rose Afifi ni, dah tak perlu sūsah-susāh tunggu dan akan menjimatkan banyak masa untuk memasak!
Mari kita ikuti perkongsian ini.
TAK PERLU RENDAM LAMA-LAMA DAH UNTUK MASAK. INI CARA MUDAH SIMPAN AYAM!
Cara ini dikongsikan oleh Rose Afifi menerusi akaun TikToknya, dan dia harap dapat membantu para ibu, wanita diluar sana terutama yang bekerja, yang kurang waktu dan nak cepat untuk memamsak.
LANGKAH 1
Seperti biasa setiap kali lepas beli ayam cuci bersih ayam tersebut dan toskan
LANGKAH 2
Ambil kertas pembalut makanan (warna coklat), lipat dua untuk digunakan sebagai alas ayam. Pastikan guna yang bahagian luar, bahagian yang licin ada plastik untuk alaskan ayam dalam bekas.
LANGKAH 3
Ambil ayam dah sudah dicuci bersih dan ditoskan tadi, susun potongan ayam-ayam tersebut diatas kertas pembalut makanan yang telah kita letakkan didalam bekas simpanan tadi menjadi satu lapisan/susunan.
LANGKAH 4
Selepas susun satu lapisan, ulang semula langkah 2 dan langkah 3 sehingga bekas penuh dengan susunan ayam.
LANGKAH 5
Siap susun potongan ayam tadi, tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti ais! Jika bekas pertama penuh, isi cara yang sama kedalam bekas kedua dan seterusnya.
HASILNYA
Lihat keadaan ayam ini, ayam tidak melekat pada bahagian susunan ayam dibawahnya dan memudahkan proses memasak di dapur. Tak perludah rendam ayam lama-lama dalam air.
Mudah dan ringkas sahaja cara simpan ayam ini? Semoga sedikit sebanyak perkaongsian ini membantu dan memudahkan kerja.
Mudah kan cara ni? Selamat Mencuba!
Semoga Bermanfaat
Sumber: Rose Afifi, Daily Makan, Rencah Rasa