Sebenarnya anda tidak perlu buang gula tersebut, ada cara/petua yang anda boleh lakukan. Takkan nak buāng pula kan, sayang la sebab gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu kerana semut adalah hārām dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau matī.
Mari ikuti perkongsian ini
CARA MUDAH KELUARKAN SEMUAT DALAM GULA
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
HASILNYA
MEMANG BERKESAN!
BERKESAN! LETAK DALAM BERAS PUN TAHAN LAMA TIADA BUBUK
SELAIN KAYU MANIS BOLEH GUNA GUNAKAN BUNGA CEKINGKIH
Selain itu anda juga boleh taburkan kulit kayu manis atau bunga cengkih di kawasan banyak semut. Semut tidak suka bau kedua-duanya dan caranya mudah. Anda hanya perlu menaburkan lima ke 10 ulas bunga cengkih/kayu manis di tempat yang banyak semut.
MEMANG CLEAR TAK ADA SEMUA
Itu sahaja perkongsian kali ini, mudah-mudah bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Ameera, Mimbar Raudah