Selain menggunakan racun serangga, umpan yang beracun dan pelekat lalat, ada cara lain iaitu dengan membuat perangkap lalat di rumah.
Hanya menggunakan 3 bahan yang memang ada kat dapur. Hasilnya pun memang berkesan.
Bahan:
- Botol
- Gula Perang
- Madu
- Air
Cara Membuatnya:
• Ambil botol plastik dan dipotong pada bahagian atasnya.
• Kemudian masukkan 1 cawan gula perang ke dalam botol tersebut.
• Diikuti dengan memasukkan 1 sudu madu.
• Masukkan 1 cawan air dan kacau rata.
• Setelah itu, letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik.
• Siap untuk digunakan!
• Boleh lihat, ‘hasil yang lumayan’.
Sangat jimat, mudah dan berkesan. Kena cuba terutamanya rumah mak-mak yang menjadi tetamu ‘lalat’ ni.
Sumber: jdeleon216 (tiktok)