Hidangan ini antara hidangan wajib bagi mereka yang mengunjungi ke Chicken Rice Shop. Namun jika anda teringin nak makan, boleh sahaja buatnya dirumah. Mudah dan ringkas sahaja.
Anda pasti berpuas hati setelah mencubanya sendiri. Mari ikuti perkongsian resepi oleh Zurila Ghani di bawah ini.
RESEPI BENDI SAMBAL UDANG KERING
Bendi ala chicken rice shop memang feveret seisi keluarga. Cara buat dia senang jah awok.
BAHAN-BAHAN:
- Sayur Bendi
- 8 ulas bawang putih
- Udang kering
- Sos tiram
- Sos ikan
- Cili flakes
- Gula
- Garam
CARA MEMASAK :
1. Sayur Bendi dicelur terlebih dahulu. (Sekejap saja, jangan sampai layu). Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih kasar-kasar bersama udang kering sikit (direndam dan ditumbuk terlebih dahulu).
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan udang kering yang telah dikisar sehingga naik bau dan keperangan. Kacau rata.
4. Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan dan cili flakes. Kacau seketika.
5. Masukkan sedikit gula dan garam.
6. Setelah itu, tuangkan keatas sayur bendi yang telah dicelur. Siap
Selamat mencuba!
Sumber: Zurila Ghani