Itu tandanya dapur gas perlu diservice. Tak perlu tukar atau beli yang baru boleh dibuat kat rumah sahaja. Macam mana caranya?
Mak-mak boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini. Mudah je, orang perempuan pun boleh buat.. dah siap nanti boleh memasak dengan hati yang senang
Nak lagi mudah minta la en. suami yang buatkan.. hehe
CARA SERVIS AIP DAPUR GAS YANG DAH TAK KUAT
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan. Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja rmntik servis dapur kesayangan kita.
ALATAN YANG PERLU DISEDIAKAN :
- Playar
- Paku saiz seinci setengah
- WD-40 (Spray anti karat)
- Pisau
CARA-CARA SERVIS DAPUR
1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau.
3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal. (Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
SEBELUM DI SERVIS
Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.
SELEPAS DI SERVIS
Selepas di servis apinya ya ampun.Membara kebiruan
Sharelah jika bermanfaat pada uolss.
Sumber: Abdul Ghopar Zakaria Ansari
.png)



