Pihak pengusaha restoran juga berusaha keras untuk menyediakan hidangan berkualiti dan bersih kepada pelanggan.
Namun, bagaimana perasaan korang jika pekerja restoran tidak mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan?
Sudah tentu, korang akan hilang keyakinan dan mungkin tak mahu kembali ke restoran tersebut.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan seorang pekerja restoran membasuh ayam daripada sisa makanan pelanggan.
Tidak jelas mengapa dia melakukan tindakan tersebut, dan harap-harap ayam itu tidak dijual semula.
Dalam video tersebut, dapat dilihat pekerja itu mengambil sisa makanan dari pinggan dan membasuhnya sebelum meletakkan dalam mangkuk. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai kejadian ini dilaporkan.
Tindakan pekerja restoran dalam video ini jelas sekali amat menjijikkan. Diharapkan sisa makanan yang dibasuh itu tidak dihidangkan semula kepada pelanggan.
