Kebiasaanya udang kering ini dibeli oleh pengguna, jika bagi mereka yang ragu akan kebersihan misalnya akan membuatnya sendiri. Bila buat sendiri barulah yakin dengan kebersihan dan halalnya.
Jika anda ingin buat sendiri, boleh ikuti caranya yang dikongsi oleh Suhaila Ishak di bawah. Tak perlu susah-suah jemur ditengah panas, hanya perlu gunakan ketuhar saja
UDANG KERING HOMEMADE
Mari buat udang kering sendiri. Di jamin bersih lagi halal. Sudah lama saya tak beli udang kering. Ragu dengan kebersihannya.
BAHAN-BAHAN :
- Udang laut berkulit keras
- Garam
- Sedikit air
CARA-CARA :
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150°C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Suhaila Ishak