Ramai yang sudah mencuba, tenyata ia agak mudah dan menjadi. Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.
RESIPI KARIPAP PUSING SEDAP
Bagi mereka yang tercari-cari step by step karipap pusing. Semoga dimanafaatkan bersama ya. Harap membantu.
BAHAN DOH MINYAK :
- 1/4 cwn minyak dipanaskan
- 2 ½ cwn tepung
- Secubit garam
- Air secukupnya
BAHAN DOH MAGERIN :
- 1 ½ cwn tepung
- 2 sdm shortening
- 1/2 cwn margerin/atau lebih
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Untuk membuat doh minyak, satukan kesemua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
2. Untuk doh magerin pula, satukan semua bahan dan sebatikan sehingga menjadi doh.
3. Kemudian, bulatkan doh minyak dan doh margerin sama banyak. Tak kisah berape biji. 5 6 7 ke 8 biji. Janji sama banyak.
4. Seterusnya, leperkan sedikit doh minyak masukkan doh margerin di dalamnya.
5. Tutupkan doh margerin tadi dengan menarik doh minyak sehingga menjadi doh bulat. Buat kesemua sehingga selesai. Ia akan jadi seperti ini. Rehakan selama 5 minit.
6. Setelah direhatkan selama 5 minit. Ambil 1 bahagian doh tadi dan canaikan.
7. Selepas itu sapu air sedikit sahaja. Calit-calit lebih kurang, jangan banyak ye nanti doh lembik pulak.
Nak bagi kelopak dia melekat bila dah goreng nanti.
8. Gulungkan doh yang dicanai dan letak memanjang seperti dalam gambar.
9. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
10. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini dan potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
11. Kemudian, ambil seketul dan canaikan doh itu untuk membuat lapisan karipap. Canai seperti ini, jangan nipis. Layang-layangkan sahaja. Buat langkah-langkah membuat karipap dan gorengkan seperti biasa sehingga rangup.
Masukkan inti dan kelimkan.
Goreng dengan api yang sederhana.
Dah siap pun.
Sumber: Mas Cotek