Somtom boleh dikatakan pelengkap kepada lauk pauk serta menjadi pembangkit selera. Nak menyediakannya mudah dan bahan-bahan yang diperlukan hanya 5 sahaja.
Jom kita sama-sama cuba resipi Somtam mangga hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah ini.
SOMTAM MANGGA STYLE IBU
Somtam mangga style ibu. Cara dan bahan bahan disetiap gambar. Selamat mencuba. Selamat berbuka semua.
BAHAN-BAHAN :
- 4 biji mangga
- Sedikit udang kering (saiz kecil)
- 1 biji bawang merah
- 5 biji cili padi
- Sos Thai secukupnya
CARA-CARA :
1. Sagat mangga seperti dalam gambar, cantik kan? Selera pun bertambah-tambah.
2. Masukkan pula udang kering kecil. (empunya resipi beli di Perlis).
3. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis.
4. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili.
5. Akhir sekali letakkan sos Thai. Gaul sehingga rata. Tak perlu letak garam dan gula sebab sos ini sudah secukup rasa.
Siap digaul. Selamat mencuba!
Sumber: Ameera