Ada petua dan cara yang dikongsikan oleh Roazura Bahari untuk membuat cili kisar yang dapat tahan lama sehingga 3 bulan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.
Bila dah ada cili kisar ni senang dan mudahlah untuk menyediakan dan memasak. Simpan sahaja di dalam peti ais, bila nak memasak tinggal keluarkan dan cedok sahaja. Mudah dan menjimatkan masa. Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.
PETUA STOK CILI KISAR TAHAN LAMA & TAK BERKULAT
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
1. Potong 2 cili kering dan rebus.
2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili)
#Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan.. Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Selamat mencuba! Mudahan bermanfaat
Sumber: Roazura Bahari