PETUA BUAT SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
Tips 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
Tips 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
Tips 4
Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP DAN WANGI
Cara buat ikut (kisar kasar bahan-bahan)
6 biji limau kasturi – dibuang biji
50gm belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah
1 biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
Nak buat banyak untuk buat stok boleh gandakan sahaja bahan-bahan.Selamat mencuba.