Bagi anda yang belum pernah merasai kesedapan masakan ini boleh cuba resepi perkongsian oleh SuiSan Aliezsha ini. Mudah sahaja, cubalah!
Mari ikuti perkongsian dibawah ini
LABU MASAK LEMAK
Resepi ala kampung pembuka selera, lauk paing mudah disediakan. Cubalah
BAHAN-BAHAN:
Labu (buang kulit dan potong-potong)
Daun kunyit
Kelapa parut (jangan kedekut santan)
CARA MEMASAK:
1. Sediakan kuali, masukkan labu yang dipotong dadu telah dibuang kulit bersama daun kunyit dan santan.
2. Kacau-kacan dan masak diatas api sederhana sehingga masak.
3. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Siap!
Hidangan ini memang sedap jika dipadankan dengan ikan goreng dan sambal belacan/gesek memang berselera dibuatnya. Silap-silap menambah nasi jadinya.
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha