Apa kata kita cuba tanam sendiri. Confirm tak gagal dan hidup dengan subur. Lepas ini petik belakang rumah sahaja. Tidak perlu keluar dah.

CARA TANAM DAUN KESUM, DALAM 3-4 HARI DAH BERHASIL

Cara saya tanam kesum, dan paling mudah hidup setakat ni, guna pucuk muda, siram dengan bancuhan baja kopi. Anti gagal.

– Patah pucuk-pucuk atas dalam 5 ke 6 dahan, terpulang masing-masing. Selepas itu, cucuk dalam pasu lain, hari pertama memang layu lembik macam tak adaharapan, tapi biar je, siram manja-manja dengan bancuhan baja kopi (jangan terkena daun)

– Perhatikan, nampak dah hijau-hijau halus. Senang cara ni. Kalau nak lagi cantik pastikan tanah ada cacing. Saya memang kumpul cacing dlm pasu, subur.

Cara bancuh bancuhan kopi:

  • 4 liter air (sukat guna botol 100+ sahaja ) 1 botol, 1 liter.
  • 1 sudu makan baja kopi
  • Larutkan (Siram jangan kena daun)

Senang sahaja kan? Daun kesum pun hidup dengan subur. Selamat mencuba!

Sumber: Berkebun Untuk Beginner