Resepi ni cik dayang bagi step by step kat gambar nah. Kalau rajin buleh terus buat. Kalau tak bopa nak rajin hampa share dulu nanti-nanti pon buleh buat.
CUCUR AYAM CRISPY
Hampa tengok la. Crunchy kat luaq. Juicy kat dalam. Anak-anak takmau makan nasi pon buleh laju makan cucoq ni.
BAHAN-BAHAN
- 200g isi ayam
- 1senduk nasi
- 1/2batang carrot
- 2 tangkai daun sup
- 1 biji bawang merah
CARA-CARA
Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.
Kemudian masukkan carrot, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.
Seterusnya masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengam garam, gula mengikut citarasa masing-masing.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. (Jemputkan mengikut saiz kesukaan. Guna camca buleh tangan buleh)
SIAP
Persembahkan cucoq ayam tak cukup sepinggan.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Dayang Zuhaila