Hidangan atau masakkan berasaskan tempoyak cukup banyak. Antara yang terpopular dan semua orang tahu adalah tempoyak ikan patin yang semestinya disukai ramai. Aroma dan rasanya yang tersendiri menjadikan ia hidangan yang lain daripada mana-mana masakan.

Resepi dan cara masakkannya juga cukup ringkas dan mudah. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Ieda Ida. Menurutnya cara masak original dari Pahang tidak menggunakan banyak bahan. Hanya 4 bahan utama sahaja tidak termasuk ikan yang digunakan untuk masak ikan patin tempoyak.

Apakah bahan itu? Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

TEMPOYAK IKAN PATIN – CARA MASAK ORIGINAL DARI PAHANG

Menu tengahari ni. Tempoyak ikan patin. Cara masak original ni dari pahang

  • X letak bawang
  • X letak serai
  • X letak bunga kantan
  • X letak bawang putih

Selain ikan patin. Bahan utamanya hanyalah 4 bahan sahaja iaitu

  • Tempoyak
  • Cili
  • Kunyit
  • Daun Kesum

NOTA :

Untuk resepi ni boleh masukkan ikan yang bersesuaian selain ikan pati seperti ikan Talapia, Kembung, Kerisi, Tenggiri. Ayam dan tulang pun boleh ye. Jom memasak.

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk cili ngan kunyit ikut pedas memasing.

2. Sediakan satu bekas untuk memasak. Masukkan ikan, daun kesum, tempoyak(ikut kepekatan yang korang suka), timun tua nak letak boleh tak nak letak pun boleh. Ikut selera masing-masing

3. Kemudiam masukkan cili dan kunyit yang telah tumbuk lumat diawal tadi.

4. Masukkan air, masak hingga mendidih. Perasakan bagi secukup rasa. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Ieda Ida