Siap sahaja boleh terus ngap, makan panas-panas memang sedap.
Resepi olahan Nor Asiah memang menarik kerana menurut beliau telah cuba pelbagai resepi, dan resepi ini yang paling sedap. Jika anda nak cuba boleh ikuti perkongsian di bawah ini.
RESEPI WAFFLE LEMBUT, SEDAP DAN GARING
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum
2 ½ cawan air @ 1 cawan susu & 1 ½ cawan air full cream
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula kastor
½ sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Masuk dan satukan kesemua bahan dalam mangkuk. Pukul adunan sehingga sebati.
2. Kemudian, biarkan/rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Selepas itu, boleh tuangkan adunan secukupnya dalam mesin waffle.
4. Letak inti pilihan anda, saya guna jem strawberry, peanut butte, Nutella dan butter
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Asiah
.jpg)

