Maggi goreng best namanya. Perkongsian resepi oleh Afy AL Habibi ni memang sedap.

Sebab menu ini betul-betul berhantu sedapnya. Jangan makan kongsi. Sebungkus pasti tak cukup.

MAGGI GORENG BEST SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus maggi kari

Udang

Isi ayam

BAHAN-BAHAN TUMBUK:

2 sudu besar kicap Jalen lemak manis

1/2 sudu besar kicap Jalen pekat

1/2 sudu besar sos tomato

3/4 sudu besar sos cili

1/2 sudu kicap cair

Setitik dua minyak bijan

CARA-CARA:

1. Pertama, kena ada Maggi Kari untuk lebih kick. Celur maggi selama 2 minit. Kemudian toskan. Perencah maggi simpan dulu.

2. Seterusnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk yang sudah ditumbuk.

3. Setelah bahan tumis sedikit garing, masukkan udang dan hirisan nipis dada ayam.

4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa. Fungsi minyak bijan menaikkan bau dan rasanya. Boleh digunakan dalam hidangan bergoreng.

5. Seterusnya masukkan sepaket perencah maggi yang disimpan tadi.

6. Kemudian masukkan sedikit air lebih kurang satu senduk.

7. Seterusnya masukkan maggi yang telah dicelur tadi.

8. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula. Kacau-kacau sambil besarkan api. Masa ni kalau ada sayur boleh masukkan.

9. Selepas air sedikit kering kira-kira seminit dua, boleh tutup api. Siap!

Hidangkan bersama telur mata. Taburkan potongan daun bawang, daun sup dan potongan cili padi merah untuk menaikkan warnanya. Akhir sekali, tambahkan satu sudu besar lada solok jeruk sekali dengan airnya. Selamat mencuba!

Kena cuba tau resepi ni. Mesti suami atau anak-anak suka. Semoga bermanfaat.

Sumber: Afy AL Habibi