Dikongsi oleh peniaga kuih tiram sendiri, Aznor Aznora boleh ikut resipi yang digunakan untuk jualan.
Bahan-bahan
- 1 bungkus tepung gandum cap Ros
- 6 sudu makan marjerin (cairkan)
- 1 biji telur(kacau dulu)
- 1 sudu makan garam
- Air sejuk secukupnya
- 1/2 paket minyak masak
- 1/2 paket tepung ubi
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.
2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.
3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.
4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.
5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.
6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.
7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.
Selamat mencuba
Sumber: Aznor Aznora
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.