Biasnya kita makan atau buat donut biasa kan? Apa kata kali ni cuba pula resepi donut pandan perkongisan Noriza Awang Hamat ini. Ringkas dan mudah, hanya uli guna tangan sahaja. Hasilnya donut gebu dan lembut. Pasti puas hati makan dan sedap.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI DONUT PANDAN LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum.. dah sarapan ke semua. Cikza pagi ni mendonat, teringin nak makan donat pandan. Alhamdulillah puas makan kalau kita buat sendiri. Cikza uli dengan tangan je. Alhamdulillah lembut dan gebu lagi. Yang nak mencuba resepi cikza.. ada cikza letak kat bawah

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :

  • 1 peket setengah yis mauripan
  • 2 cawan air suam
  • 3 Sb gula
  • 1 penutup pes pandan

satukan semua bahan di atas dan biar yis naik.

BAHAN B

  • 1 kilo tpg gandum
  • 2 Sb susu tepung
  • 3 Sb susu pekat manis
  • 4 Sb majerin pelangi..apa2 brand pun boleh
  • sedikit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan semua bahan, gaulkan sehingga menjadi serbuk.

2. Kemudian masukkan air yis tadi.

3. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

4. Ketepikan sehingga doh mengembang tunggu sehingga doh naik sekali ganda.

5. Tumbukkan doh bgi doh turun, kemudian bulat bulatkan, cikza tak guna acuan bulatkan dengan tangan je.

6. Habis bulatkan biarkan doh mengembang sekli lagi baru digoreng dengan api perlahan.

HASILNYA

ok selamat mencuba semua.

Sumber: Noriza Awang Hamat