Jika anda tiada idea nak memasak atau sudah jemu makan yang lebih kurang sama sahaja setiap hari apa kata cuba resepi cabai picit perkongisan Putri Inas Bpskincare ni. Sempoi baq hang. Makan pula dengan ikan bakar dan ulam sedapnya terangkat.
Bukan itu sahaja menu ini juga sesuai dijadikan sajian diet. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.
RESIPI CABAI PICIT, RINGKAS TAPI SEDAP TERANGKAT!
Tak boleh jadi tengok kerap duk lalu lalang menu ni. Maka kami pun picitla hari ni.
BAHAN-BAHAN :
- 12 biji cabai merah
- 12 biji cabai hijau
- 1 sudu besar asam jawa (asam jawa asli)
- 2 ketul belacan bakar (sebesar ibu jari)
- Setengah biji asam limau
- 1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai
- Garam
- Sedikit gula
- Serbuk perasa
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Picit saja semua bahan di atas. Bukan tumbuk, bukan blend.
2. Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam. Selamat mencuba!
Sumber: Putri Inas Bpskincare