Takde idea nak masak apa malam ni? Nah resepi Ayam Masak Bawang yang wajib anda cuba walau sekali.

Ayam masak bawang antara menu hidangan yang top di bahagian utara khususnya di kedai-kedai nasi kandar di serata Pulau Pinang.

Bagi anda yang ingin memasaknya sendiri atau yang ingin mencuba ayam masak bawang ini boleh ikuti perkongisan resepi oleh Che Atie. Senang sahaja memasaknya. Resepinya pun diajar step by step.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG

Dah lama merantau masakan negeri orang. Hari ini buat masakan negeri sendiri. Resepi top kalau kat kedai nasi kandar di serata penang. Che Atie kongsi step by step.

Senang je buatnya, Selamat mencuba semua.

BAHAN-BAHAN:

Bawang besar selabu dimayang halus

Daun pandai sehelai dipotong 4

Daun kari setangkai

Ayam digaul garam kunyit

Sehelai daun pandan dipotong 4

Daun kari setangkai

4 sekawan

Pes halia bawang putih

Pes bawang besar

2 sudu serbuk cili

1sdk serbuk kunyit

1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh

1sudu serbuk kari daging

Setengah sudu garam masala

1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram

Garam dan gula

CARA MEMASAK:

1. Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2. Minyak goreng bawang tadi guna untuk goreng ayam pula.

3. Goreng ayam 3/4 masak.

4. Guna 1 senduk minyak goreng ayam tadi. Tumis daun pandan, daun kari dan 4 sekawan.

5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.

6. Masuk pes bawang besar 1 labu yang diblend dengan air. Masuk pes dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.

7. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau rata.

8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram. Kacau.

9. Masukkan garam dan gula (che atie guna gula perang) secukup rasa. Garam jangan banyak sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul sehingga sebati dan kuah pekat.

10. Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sehingga sebati.

11. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau rata, siap! Selamat mencuba.

Sumber: Che Atie