Jadi ada ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk menyimpan bunga kantan supaya kekal segar walau disimpan berbulan-bulan dan masih dalam keadaan baik, cantik dan tidak berbirat hitam. Bau pun tak hilang walaupun sudah disimpan selama 6 bulan.
Ini yang dikongsikan oleh Puan Dunia Hanya Sementara Fy. Lepas ni tak perlu pening kalau stok bunga kantan kehabisan di pasar. Selamt mencuba!
PETUA SIMPAN BUNGA KANTAN SUPAYA TAHAN LAMA
Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ni, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak birat hitam. Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam frezer. Bila masak,aromanya tetap sama.. Alhamdulillah.
BAHAN-BAHAN :
Bunga kantan
Bekas @ plastik bersesuaian
Air masak
CARA MEMBUAT :
1. Basuh hingga bersih terlebih dahulu bagi membuang segala kekotoran yang melekat.
2. Potong ikut saiz yang disukai. Sebaiknya potong dua sahaja.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian. Pemilihan bekas yang sesuai juga penting supaya anda dapat menyusun dengan elok dalam peti sejuk beku.
4. Letak air masak dalam bekas bunga kantan tersebut.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam freezer @ peti sejuk beku.
6. Untuk mudahkan kerja memasak, letak dalam bekas untuk sekali masak.
7. Boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu. Tak perlu basuh kerana anda telah cuci sebelum simpan. Air pun guna air masak. Jadi tak ada masalah untuk terus masukkan ke dalam masakan.
ALHAMDULILLAH, MEMANG BUAT MACAM NI
Mudah-mudah bermanfaat, selamat mencuba!





