Dalam Sidang Pra Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video pagi tadi, KDYMM Seri Padvka Yang Dipertuan Agong telah mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baginda juga turut memohon maaf zahir dan batin kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri kabinet serta ahli keluarga mereka.
Dalam ucapan balas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin pula beliau turut sama mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat KDYMM Baginda Agong, KDYMM Permaisuri Agong serta seluruh kerabat Diraja.
Tambah Muhyiddin lagi, beliau berh4rap agar dapat bertemu selepas raya nanti andai pendemik ini berakhir.
Susulan daripada perkongsian bingkisan sidang video di Istana Negera itu, rata-rata warganet yang menonton perkara tersebut telah mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin negara tercinta ini.Mereka juga mendoakan agar KDYMM Baginda Agong dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilindungi daripada Allah SW.T. Ada juga yang mengakui berasa terharu mendengar ucapan Baginda Agong yang memohon kemaafan di hari raya kepada barisan menteri kabinet.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!