Buat para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini merupakan saat yang dinantikan apabila kesemua keputusan SPM 2019 telah keluar.

Antara yang mendapat perkhabaran gembira adalah, anak perempuan kepada penceramah selebriti iaitu Ustaz Kazim Elias, dimaklumkan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Anak ustaz Kazim dapat straight A

Menerusi hantaran di Facebook penceramah tersebut, telah berkongsi keputusan anak perempuannya, iaitu dengan memperolehi kesemua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.



Melihat keputusan cemerlang, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah buat anak kepada pendakwah terkenal tersebut.



Dengan didikan yang sempurna daripada kedua ibu bapa, sudah pasti dapat membesarkan anak-anak yang berjaya dalam akademik. Tahniah buat Ustaz Kazim Elias

Sumber : Ustaz Kazim Elias, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!