MARI KITA CUBA JANGAN MELAKUKAN PERKARA INI | – JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat

– JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan, Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

– JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,Takut-takut kita mati dalam perjalanan

– JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, Makruh dan mewarisi kepapaan

– JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan, Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

– JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

– JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah

– JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia

– JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita, Nanti Kita sombong apabila berjaya, Kalau gagal kecewa pula

– JANGAN bakhil untuk bersedekah, Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita

– JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

– JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

– JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

– JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

– JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

– dan JANGAN lupa untuk berkongsi, demi manfaat semua, insyaAllah (ni orang lain punya, saya Cuma share)